Powered By Blogger

Saturday, October 30, 2010

Musim Tengkujuh Dah Tiba !!!


Yahoo! musim tengkujuh datang lagi.. dah lama x banjir
rindu rasanya nak mandi air banjir. haha
anyway, rasa kesian pulak kat nelayan kat pantai timur (kelantan especially) sebab x boleh turun ke laut. :(
hujan turun dgn lebat pada masa ini sebab angin monsun timur laut.
nak tau kenapa benda ni terjadi?? meh nak citer >>>

Monsun disebabkan oleh perbezaan suhu antara daratan dan lautan hasil pemanasan sinaran matahari. Semasa musim sejuk, daratan benua menyejuk dengan cepat menghasilkan suhu yang amat rendah di kawasan tengah Asia. Keadaan ini menyebabkan tekanan atmosfera meningkat dan membentuk sistem tekanan tinggi yang hebat (antisiklon) di Siberia. Udara sejuk bergerak keluar dari Siberia sebagai angin barat laut dan bertukar menjadi angin timur laut apabila tiba di perairan pantai China sebelum menuju Asia Tenggara.

Dari masa ke semasa, ledakan keluar udara sejuk yang kuat (luruan monsun) saling bertindak dengan sistem tekanan rendah (siklon) yang terbentuk berhampiran khatulistiwa, menghasilkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan serta hujan lebat di pantai Semenanjung Malaysia dan pantai barat Sarawak.

Pada musim panas, tenaga (haba) suria yang kuat meningkatkan suhu di daratan Asia. Semasa udara panas mengembang naik, kawasan tekanan rendah separa-tetap terbentuk. Angin lengas tenggara yang berasal dari selatan Lautan India dan rantau Indonesia-Australia bertukar menjadi angin barat daya apabila melepasi khatulistiwa dan bergerak merentasi Asia Tenggara sebelum memumpun ke arah Indochina, China dan Pasifik Barat Laut.




Tempoh monsun timur laut merupakan musim hujan utama negara kita. Sistem cuaca monsun yang terbentuk bersama dengan letusan udara sejuk dari Siberia menghasilkan hujan lebat yang sering menyebabkan banjir besar di sepanjang pantai negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor timur dan barat Sarawak



sekarang ni hujan x henti-henti turun kat rumah aku. cepat2 la banjir ye?? haha
tp kalau banjir sampai kena pindah tu, xnaklah..
so, harap2 orang faham ape yg aku tulis ni. kalau x faham, buat2 faham! :D
BYE ~

Friday, October 29, 2010

Sign in semula

setelah lama menyepi, kini aku sign in semula blog aku..
xtau ape nak tulis, tapi cuma nak orang tau blog ni xkan dipinggirkan..
so keep following !! :)