Powered By Blogger

Tuesday, December 13, 2011

GRADING!!!

xsangka cepat btul masa berlalu. sedar x sedar dh setahun aku masuk silat kat skolah aku.. blajar silat meman best n x menyesal aku masuk. tok guru dgn kwn2 smua hebat2 .. haha 15/11/2011 tu la tarikh yg aku akan ingat coz aku grading putih pd mlm tu! tp tali pinggang thn dpn br dpt.. :'( nk buat macam mane.. sabo je laa...
tu saje gambar yg aku sempat ambik masa grading. :( tp xpe, yg penting aku dah lulus! xsabar nk dpt tali pinggang.. that's all for now! BYE~ :D

Friday, February 4, 2011

Lamborghini! WOW!!!

smalam memang hari yg paling akan aku ingat sebab first time in my life aku dapat tgk sebijik lamborghini depan mata aku sendiri! i repeat: LAMBORGHINI
x menyesal aku ikut mak cik aku pergi makan kat rumah bos dia. kaya nk mampus...
masa aku sampai, ramai orang tengah tengok tarian naga yang dijemput. sakit telinga aku dgr bunyi 'bede' a.k.a mercun yg dipasang
lps habis buat tarian bede stadium pun dipasang.. memang indah bak permata (x sama pun...)
orang ramai pun terus pergi serbu makanan yg ada kat atas meja. aku turut serta tapi kecewa kerana PINGGANG DAH HABIS.. :( nasib baik lps tu ada org dtg bawak pinggang baru. kalau x mati kebuluran aku
baru aku selesai makan, berduyun-duyun manusia pergi kepung lamborghini tu macam lebah
aku pun apa lagi, join sekaki laa.. haha
ramai orang yang naik kereta tu.. memang jelez giler aku!






ape lagi?? aku pun x nak lps peluang seumur hidup ni. so, aku terus pergi kat kereta n snap!












konklusinya, memang puas hati dapat tgk lamborghini dgn mata aku sendiri.. kalau la aku boleh naik, mesti aku tidur dlm tu.. haha
suatu hari nanti aku mesti beli kereta tu! :D (tu pun kalau boleh..)

Tuesday, December 7, 2010

Hujan Buatku Menderita.. :'(

dah nak masuk seminggu dah hujan x berhenti
lau berhenti pun, dalam sejam dua je..
stress nyer!!!
tau x aku nk pegi joging?!!
camner aku nak joging kalau kau ayik nak turun je hujan??
so, pleeeeeaaaaasssseee
berhenti la turun
i beg you!

Tuesday, November 30, 2010

Exam MARA memang "senang"


"SENANG" !!
itulah perkataan yang bermain di otak aku tatkala selesai menduduki Ujian Kemasukan Kelayakan Mara (UKKM) pagi tadi..
baik aku exam pmr lagi best kalau nk bg soalan macam tu. pening kepala..
naper la x bagi soalan math tu senang cam sains. kan mudah??
memang SUSAH NAK MAMPUS soalan math tadi. main tembak terus 20 soalan.

sn tu senang je.. part yg paling best masa jawab soalan keperibadian.
huh! 100 soalan dalam 30 minit?? apa lagi?? main tekan je la.. haha


apa-apa pun, kat sesape yang belum ambik exam tu, jangan terkejut sudah la ye..
sediakan machine gun untuk tembak soalan math tu. hahaha :D
as a conclusion, semoga semua orang yang nak masuk mara bleh masuk tahun depan.
insyaallah...


inilah tempat aku exam pagi tadi..

Saturday, October 30, 2010

Musim Tengkujuh Dah Tiba !!!


Yahoo! musim tengkujuh datang lagi.. dah lama x banjir
rindu rasanya nak mandi air banjir. haha
anyway, rasa kesian pulak kat nelayan kat pantai timur (kelantan especially) sebab x boleh turun ke laut. :(
hujan turun dgn lebat pada masa ini sebab angin monsun timur laut.
nak tau kenapa benda ni terjadi?? meh nak citer >>>

Monsun disebabkan oleh perbezaan suhu antara daratan dan lautan hasil pemanasan sinaran matahari. Semasa musim sejuk, daratan benua menyejuk dengan cepat menghasilkan suhu yang amat rendah di kawasan tengah Asia. Keadaan ini menyebabkan tekanan atmosfera meningkat dan membentuk sistem tekanan tinggi yang hebat (antisiklon) di Siberia. Udara sejuk bergerak keluar dari Siberia sebagai angin barat laut dan bertukar menjadi angin timur laut apabila tiba di perairan pantai China sebelum menuju Asia Tenggara.

Dari masa ke semasa, ledakan keluar udara sejuk yang kuat (luruan monsun) saling bertindak dengan sistem tekanan rendah (siklon) yang terbentuk berhampiran khatulistiwa, menghasilkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan serta hujan lebat di pantai Semenanjung Malaysia dan pantai barat Sarawak.

Pada musim panas, tenaga (haba) suria yang kuat meningkatkan suhu di daratan Asia. Semasa udara panas mengembang naik, kawasan tekanan rendah separa-tetap terbentuk. Angin lengas tenggara yang berasal dari selatan Lautan India dan rantau Indonesia-Australia bertukar menjadi angin barat daya apabila melepasi khatulistiwa dan bergerak merentasi Asia Tenggara sebelum memumpun ke arah Indochina, China dan Pasifik Barat Laut.




Tempoh monsun timur laut merupakan musim hujan utama negara kita. Sistem cuaca monsun yang terbentuk bersama dengan letusan udara sejuk dari Siberia menghasilkan hujan lebat yang sering menyebabkan banjir besar di sepanjang pantai negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor timur dan barat Sarawak



sekarang ni hujan x henti-henti turun kat rumah aku. cepat2 la banjir ye?? haha
tp kalau banjir sampai kena pindah tu, xnaklah..
so, harap2 orang faham ape yg aku tulis ni. kalau x faham, buat2 faham! :D
BYE ~

Friday, October 29, 2010

Sign in semula

setelah lama menyepi, kini aku sign in semula blog aku..
xtau ape nak tulis, tapi cuma nak orang tau blog ni xkan dipinggirkan..
so keep following !! :)